Generasi Keenam (1987-1991) Toyota_Corolla

Generasi Keenam (E90)
Maklumat
PengilangToyota
NUMMI
Pengeluaran1987–1991
PemasanganCambridge, Ontario, Kanada
Fremont, California, Amerika Serikat
Toyota City, Jepang
Durban, Afrika Selatan
Santa Rosa, Laguna, Filipina
Cikarang, Indonesia
Port Melbourne, Victoria, Australia
Thames, Selandia Baru
Chachoengsao, Thailand
Stail badan2-door coupé
3-door hatchback
4-door sedan
5-door hatchback
5-door liftback
5-door station wagon
Reka letakMesin depan, Penggerak roda depan / 4WD
EnjinGasoline: 1.3 L I4
1.5 L I4
1.6 L I4
Diesel: 2.0 L I4
Penghantaran3-speed otomatis
4-speed otomatis
5-speed manual
Jarak roda95.7 in (2431 mm)
PanjangSedan: 170.3 in (4326 mm)
Liftback & Coupe: 172.2 in (4374 mm)
Wagon: 172.0 in (4369 mm)/171.5 in (4356 mm)
BerkaitToyota Sprinter
Geo Prizm
Holden Nova

Mula generasi ini kebanyakan Corolla sudah dilengkapi enjin Twincam 4A-F (Head sempit) atau 4A-G (Head lebar) dengan karburator atau injection. Enjin petrol 1300 cc dengan karburator dan diesel dipasang pada Corolla Sedan versi murah serta Station Wagon dan Van. Corolla Sedan juga dibuat dalam versi mewah iaitu SE Limited untuk Asia yang hampir sama dengan LE di Amerika. Corolla versi Amerika mempunyai bumper yang lebih panjang dibanding versi untuk region lain, serta lampu penunjuk merah di fender belakang. Corolla GTi yang sporty dengan mesin 4A-GE dibuat dalam bentuk Hatchback, Sedan, dan Liftback.Di Jepun, model sports coupe Corolla Levin dan Sprinter Trueno ada yang menggunakan enjin 4A-GZE dengan Supercharger. Corolla Coupe untuk Amerika sebenarnya adalah Sprinter Trueno dengan lampu depan retractable. Tersedia dalam 2 pilihan iaitu SR5 dan GT-S.

Corolla All-Trac Wagon yang mempunyai body berbeza dengan Wagon biasa berasaskan pada Sprinter Carib di Jepun. Kereta berkode AE95 ini merupakan model pertama Corolla generasi keenam yang dijual di Australia pada tahun 1988. Corolla AE90 dan AE92 dalam bentuk sedan, hatchback, serta AE92 Liftback yang disebut Seca baru hadir pada tahun 1989.Model facelift dengan grille, bumper, dan lampu belakang baru dilancarkan di Jepun pada tahun 1989, untuk export tahun 1990, dan di Amerika untuk model tahun 1991.

Di Indonesia, model Corolla ini dikenali dengan nama Corolla Twincam, walaupun yang 1300 cc enjin single cam (SOHC).